Malaysia memang terkenal dengan perayaan-perayaan yang disambut oleh pelbagai kaum. Hal ini menarik perhatian seorang sahabat pena anda di luar negara yang ingin tahu tentang sambutan perayaan Tahun Baru Cina semasa PKP di negara ini. Balas surat sahabat pena anda itu selengkapnya dengan menggunakan nama dan alamat pengirim yang berikut.
100, Jalan Bukit,
43000 Kajang,
Selangor.
19
Februari 2021.
Menemui saudara Lee
Chee Kong yang kini berada di Seoul, Korea, semoga saudara seisi keluarga
berada keadaan sihat walafiat.
Saudara,
Apakah khabar saudara di sana? Saya di sini berada dalam keadaan sihat-sihat belaka
sahaja. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu saudara tentang
ilmu pengetahuan Tahun Baru Cina dan sambutan perayaan semasa PKP (Perintah
Kawalan Pergerakan) pada tahun ini. Perayaan Tahun Baru Cina yang sejarahnya bermula
semenjak beribu-ribu tahun dahulu adalah menandakan permulaan tahun baru
mengikut kalender Cina. Bersama-sama dengan
warna merah, tanglung dan mercun, perayaan tersebut telah menjadi simbol
tradisi kemeriahan dalam kalangan masyarakat cina.
Seperti
mana yang kita sedia maklum, pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina, semua
anggota keluarga cina membersihkan rumah mereka bagai aur dengan tebing
masing-masing kerana pembersihan tersebut dianggap boleh menghalau nasib malang
dan musibah yang menimpa pada tahun lalu. Mengikut kebiasaan, saudara-mara
akan berkumpul beramai-ramai untuk makan semeja semalam sebelum perayaan Tahun
Baru Cina. Pada hari pertama mengikut kalendar Cina, kami mesti menziarahi ahli
keluarga yang paling senior dalam seluruh keluarga, biasanya datuk ataupun
nenek. Seterusnya, hari
kesembilan merupakan hari penting untuk menyembah “Tian Gong” manakala hari
kelima belas merupakan hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan
sebagai “Cap Goh Mei”.
Antara
amalan Tahun Baru Cina termasuklah
pemberian “angpau” kepada kanak-kanak. Penerimaan
sampul merah merupakan sesi jangkaan budak-budak
kecil cina sepanjang perayaan. Selanjutnya, kami juga membakar mercun dan
bermain bunga api supaya dapat memeriahkan suasana perayaan Tahun Baru Cina.
Bukan itu sahaja, tarian singa juga dimainkan sepanjang perayaan berlangsung
untuk memeriahkan lagi suasana dan membawa tuah dalam tahun baharu. Sebenarnya,
dalam konteks masyarakat cina, warna merah dianggap membawa tuah dan
kecemerlangan dalam kehidupan mereka. Lantaran itu, kami akan membeli beberapa
helai baju yang berwarna merah dan memakainya semasa perayaan Tahun Baru Cina
tetapi dilarang memakai baju hitam yang melambangkan
kematian dan kesedihan.
Sejak
tahun lalu, penularan wabak COVID-19 telah tercetus di Wuhan, China pada
mulanya dan kemudian di segenap pelosok negara seantero dunia. Kajian
menunjukkan bahawa jumlah kes di negara kita meningkat secara drastik bagai
cendawan tumbuh selepas hujan sehingga menjadi negara Asia Tenggara yang penularannya
paling membimbangkan. Untuk membanteras penularan wabak COVID-19 hingga ke akar
umbi, pihak kerajaan telah secepat mungkin melaksanakan PKP sebagai uslub yang
signifikan dalam isu tersebut. Saya tidak sedia memberitahu saudara tentang isi
kandungan SOP yang mesti dipatuhi oleh penduduk Malaysia di sini tetapi saudara
boleh melayari Internet untuk mencari maklumat berkenaan sendiri jika berminat.
Dengan itu, sambutan perayaan Tahun Baru Cina terjejas dan kami tidak boleh
mengamalkan lagi tradisi yang paling penting ini dengan sempurna seperti
biasanya.
Walau
bagaimanapun, masyarakat cina masih diberi peluang untuk menyambut perayaan jika
mengikut SOP sebaik-baiknya. Pada tahun ini, kami sekeluarga tidak menziarahi
rumah nenek untuk memastikan kesihatan kedua-dua pihak. Sebaliknya, kami
memanfaatkan teknologi maklumat dengan menghubungi nenek melalui panggilan
video. Antara yang layak disebutkan ialah saudara-mara telah makan “semeja”
melalui panggilan video semalam sebelum perayaan Tahun Baru Cina. Berbeza
dengan kebiasaan, kami memberi dan menerima “angpau” melalui aplikasi telefon
bimbit seperti “WeChat Pay”, “Grab Pay” dan lain-lain. Pada masa yang sama, kami
juga menggunakannya untuk menyampaikan ungkapan pembawa tuah seperti “Gong Hey
Fat Choy” dan “Sui Sui Ping An” kepada saudara-mara yang tidak berpeluang
bertemu dengan berhadapan muka. Tidak dapat dinafikan bahawa teknologi maklumat
yang canggih telah mendatangkan banyak kemaslahatan dalam kehidupan manusia
sejagat.
Dari
aspek yang lain pula, kami sekeluarga berpeluang meluangkan masa untuk bersama-sama
menonton wayang di ruang tamu. Di samping itu, permainan berpapan juga kami
main seperti Catur Cina, “UNO” dan sebagainya. Senario ini persis peribahasa “sambil
menyelam minum air,” tindakan ini bukan sahaja mengisikan masa lapang dengan
berbuat bermakna, bahkan juga mengeratkan hubungan kekeluargaan bagai dakwat
dengan kertas. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kita mesti menghargai masa
menemani anggota keluarga kerana tidak berpeluang begini apabila menjadi orang
dewasa yang sibuk dengan pekerjaan pada masa yang akan datang.
Sampai
di sini sahaja surat pada kali ini. Semoga saudara boleh berbalas secepat
mungkin selepas membaca surat ini dan disudahi dengan salam mesra daripada
saya. Sekian, terima kasih.
Sahabatmu,
Yeo Guan Wei
没有评论:
发表评论