Usaha-usaha membantu rakan yang menghadapi masalah

          Sudah terang lagi bersuluh bahawa setiap individu pasti mempunyai rakan sejati yang serupanya lingkungan latar belakang dalam kehidupan mereka. Sebenarnya, rakan sejati memainkan peranan yang signifikan dalam mencorakkan kehidupan seharian kita kerana dapat menghilangkan kebosanan kita. Pepatah Melayu ada menyebutkan bahawa “berkasih biar satu, berkawan biar seribu,” kita mesti banyak berkawan dengan rakan yang berperibadi mulia kerana kekayaan bukan rakan kita tetapi rakan sejati merupakan kekayaan benar. Bukan itu sahaja, apabila kehidupan rakan dipenuhi dengan cabaran dan dugaan, kita harus menghulurkan bantuan kepada mereka dengan sedaya usaha. Persoalan yang sering berlegar-legar di gawang minda saya, sebagai seorang rakan, apakah usaha yang dapat saya lakukan untuk membantu rakan yang menghadapi masalah?

          Pada hemat saya, saya beranggapan bahawa saya boleh memberikan nasihat dan cadangan kepada mereka yang sedang menghadapi masalah dalam kehidupan. Hal ini berpunca daripada setiap individu mempunyai pemikiran yang berbeza dan penukaran fikiran antara manusia amat penting dalam strategi mengatasi masalah. Tamsilnya, nasihat rakan selalunya merupakan kunci kepada cara penyelesaian pelbagai jenis masalah. Dengan itu, rakan yang sanggup mendengarkan nasihat mungkin dapat mengenali dan membetulkan kesilapan diri. Orang tua-tua pernah berkata bahawa “bumi mana yang tidak ditimpa hujan,” setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan sepanjang hayat, jadinya saya ingin menjadi seseorang yang menghulurkan bantuan pada masa itu. Tegasnya, saya akan membantu rakan dengan memberikan nasihat secara berhemah.

          Lanjutan daripada itu, antara usaha yang dapat saya lakukan untuk membantu rakan termasuk memaklumkan kegiatan rakan kepada pihak yang berkemampuan. Hal ini dikatakan demikian kerana rakan sebaya hanya mempunyai pemikiran yang serupa, jadinya bantuan dan nasihat daripada rakan sebaya mungkin tidak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi kadangkala. Oleh itu, saya akan memaklumkan kegiatan rakan dan meminta pertolongan orang dewasa seperti ibu bapa, guru-guru dan kaunselor. Kalau perkara ini dilakukan maka rakan dapat disekat daripada terjerumus ke kancah sosial yang lebih buruk secara berkesan. Bak kata cendekiawan, “sebelum nasi menjadi bubur.” Secara ringkasnya, saya dapat mengelakkan rakan daripada terjebak dalam perkara buruk melalui memberitahu pihak yang sewajarnya tentang keadaan rakan.

          Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka cara yang konkrit serta pragmatik termasuk meluangkan masa untuk menemani rakan yang sedang menghadapi musibah dalam kehidupan. Padahal, penemanan antara manusia adalah paling bermakna lagi bernilai di seantero dunia ini sepanjang hayat. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah masalah kemurungan pesakit dapat dikurangkan jika ditemani dan dijaga dengan penuh semangat bagai menatang minyak yang penuh. Misalnya, saya meluangkan masa yang melebihi dengan mengajak rakan untuk melakukan aktiviti yang berfaedah seperti bersukan, membaca dan sebagainya. Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa “sambil menyelam minum air,” tindakan begini bukan sahaja mengisi masa lapang dengan berbuat berfaedah, bahkan juga menyenangkan hati rakan. Pada umumnya, saya mendampingi mereka bersama-sama menyelesaikan masalah dalam kehidupan.

          Dari aspek yang lain pula, salah satu uslub yang signifikan untuk membantu rakan yang menghadapi masalah ialah saya mencari peluang untuk mempelawa rakan menyertai kursus pemerkasaan jati diri. Tidak dapat dinafikan bahawa kekuatan dalaman seseorang sungguh krusial sehingga dianggap sebagai benteng ketahanan diri daripada ancaman kesulitan. Sehubungan dengan itu, saya boleh mengajak rakan mengikuti kursus motivasi, program kemasyarakatan dan lain-lain. Natijahnya, mereka dapat sedar akan kesilapan dan kesalahan diri lalu menginsafinya dan menghindarkan diri daripada berbuat jahat lagi. Bak kata orang cerdik pandai, “sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.” Jelaslah kepada kita bahawa penglibatan kursus pemerkasaan jati diri dapat membantu dalam menghadapi dilema dalaman dan luaran.

          Akhirulkalam, rakan sejati yang memiliki sifat terpuji memang merupakan pendukung utama untuk menyenangkan dan membahagiakan kehidupan kita. Lantaran itu, kita hendaklah menghargai hubungan persahabatan yang dapat meninggalkan kenangan manis kerana kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis sukar didapati. Dalam pada itu, ketika rakan kita mengalami dilema yang menggores hati, kita janganlah bersikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing supaya rakan sejati tidak akan terlibat dalam jurang kejahatan bak kata mutiara “sudah terhantuk baru tengadah.” Sesungguhnya, tiada gunung yang tidak dapat didaki, tiada lurah yang tidak dapat dituruni. Sebelum menutup tirai perbicaraan, saya ingin mengongsikan serangkap pantun:

Indah sungguh warna pelangi,

tidak luput hingga senja;

Ke lurah sama diharungi,

usaha bersama membawa bahagia.

没有评论:

发表评论

featured ❤❤❤

活着,是为了爱与被爱

人活一世,草木一秋。我们这一辈子,最长也就一百年,而这一百年对于浩瀚的宇宙而言,无异于一瞬间。时间若白驹过隙,忽然而矣!此生究竟过得如何,全由自我掌控。一生中,有的人活得很精彩,也有的人只是生存着;有的人到达成功的彼岸,也有的人最终沦为败者;有的人为世界造就幸福,也有的人给世界带...

most read ❤