Pengalaman anda semasa anda menerima suntikan vaksin

          Hari Ahad yang lalu merupakan hari yang paling menimbulkan kekhuatiran diri sendiri kerana aku hendak menerima suntikan vaksin dos yang pertama di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada hari itu. Pada mulanya, aku memang menolak perkara ini kerana berada dalam ketakutan untuk menerima vaksin. Namun begitu, apabila memandangkan kes positif Covid -19 meningkat secara drastik bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, aku terpaksa akur pada hakikat ini. Sebelum ini, benakku dipenuhi seribu satu pertanyaan tentang kebaikan dan keburukan jika seseorang menerima vaksin. Segala pertanyaan aku terjawab selepas aku melayari laman web Kementerian Kesihatan. Program imnunasi Covid -19 kebangsaan adalah untuk mengatasi penularan wabak Covid -19 sehingga ke akar umbi. Apabila semakin ramai orang menerima vaksin, semakin ramai orang membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit Covid -19 yang lebih teruk. Secara tidak langsung, penerimaan vaksin akan menjadi kunci untuk mengatasi penularan wabak Covid -19 di negara kita.

Hari yang dijanjikan itu pun tiba selepas aku mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin Covid -19 melalui aplikasi mudah alih “MySejahtera” pada dua minggu yang lalu. Pada pukul 7.00 pagi, aku bangun awal supaya dapat membuat persediaan yang sempurna sebelum bertolak ke pusat pemberian vaksin yang dijanjikan. Untuk memudahkan urusan suntikan vaksin pada bahagian lengan, aku berwaspada memilih pakaian yang longgar. Setelah siap memberus gigi dan mandi, aku mengisi perut yang kelaparan dengan sepinggan mi goreng dan secawan kopi putih. Kemudian, aku mengulang kaji pelajaran selama satu jam setengah di bilik buku bacaan. Emakku juga menasihati aku untuk membawa telefon bimbit bersama dengan ID MySejahtera dan Kad Pengenalan serta memakai pelitup muka sebelum ayahku menghantar aku ke pusat pemberian vaksin pada pukul 9.00 pagi. Dalam perjalanan ke destinasi, aku melihat pemandangan indah sepanjang jalan sambil berbual-bual dengan ayahku.

Tidak lama kemudian, aku tiba awal di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid sekitar setengah jam sebelum waktu janji temu. Setelah turun dari kereta, aku terlihat ramai orang beratur untuk masuk ke pusat dan beberapa orang pengawas yang sedang mengawal ketenteraman tempat itu. Aku juga diminta untuk mengimbas kod QR dengan menggunakan aplikasi MySejahtera bagi pengesahan identiti. Seperti biasanya, saringan gejala dan suhu akan diambil sebelum memasuki pusat pemberian vaksin. Mujurlah aku tidak mengalami sebarang gejala serta suhu badan adalah 36.4 darjah Celsius, iaitu suhu badan manusia yang normal. Selepas itu, aku menunjukkan Kad Pengenalan dan aplikasi MySejahtera kepada petugas Kementerian Kesihatan di kaunter pendaftaran. Setelah selesai urusan tersebut, aku bersama-sama penerima vaksin yang lain duduk di atas kerusi yang disediakan sementara menunggu giliran masing-masing untuk dipanggil memasuki tempat suntikan vaksin.

Sebentar lagi, sesi kaunseling ringkas akan disampaikan oleh doktor yang akan turut menyemak rekod sejarah perubatan serta masalah kesihatan yang dihadapi sebelum ini seperti alergi dan sebagainya. Seterusnya, aku diberitahu bahawa jenis vaksin yang akan kuterima merupakan vaksin Pfizer dan dikehendaki untuk menandatangani borang persetujuan sebagai bukti persetujuan untuk divaksin. Proses ini hanya akan dilakukan sewaktu kita menerima suntikan vaksin dos pertama. Yang bernilai menyebut bahawa doktor itu amat mengambil berat akan keadaanku dan sabar untuk menenangkan hatiku agar dapat menghapuskan kebimbingan untuk menerima suntikan vaksin nanti. Semasa menempuh ke tempat suntikan vaksin, aku terdengar seorang pemuda yang kelihatannya berumur 19 tahun menangis teresak-esak kerana takut untuk menerima suntikan vaksin manakala dua orang petugas menenangkan hatinya dengan berhati-hati. Perkara ini menimbulkan lagi kekhawatiran di jiwaku yang bertenang sekejap tadi.

Waktu untuk menerima suntikan vaksin telah tiba dan jantungku berdegup dengan laju dan kuat. Sebelum itu, aku disarankan untuk menerima suntikan pada tangan yang tidak selalu digunakan kerana kebanyakan penerima vaksin akan mengalami rasa sakit dan lenguh di tempat suntikan. Rupa-rupanya, suntikan vaksin sebenarnya tidak terasa bagaikan digigit nyamuk sahaja. Kemudian, aku ketawa terbahak-bahak di jiwa secara rahsia kerana kebimbangan sebelum ini adalah disia-siakan seperti hujan ke dalam pasir. Setelah keluar dari bilik suntikan vaksin, aku seterusnya diminta berehat di ruang pemerhatian untuk diawasi oleh pihak doktor dalam tempoh 15 minit bagi melihat sekiranya terdapat kesan-kesan sampingan yang serius. Alhamdulillah, aku tidak terdapat sebarang gejala selepas menerima suntikan vaksin dalam tempoh 15 minit itu dan akhirnya disuruh untuk pulang.

Sebelum keluar dari pusat pemberian vaksin itu, aku mendapatkan peluang untuk mengambil gambar di sana untuk dijadikan kanangan istimewa sepanjang hayatku. Sebelum masuk ke dalam kereta, aku memastikan proses pensterilan dijalankan dengan sempurna supaya tidak akan membawa virus corona ke rumah. Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku berkongsi kepada ayahku dengan pengalaman semasa aku menerima vaksin. Selepas tiba di rumah, aku juga pergi ke tandas untuk mandi dengan segera agar dapat membasmi virus corona yang ada pada badanku. Sewaktu makan malam pada hari itu, aku juga telah menerima notifikasi untuk menerima suntikan vaksin dos kedua dalam tempoh dua minggu yang akan datang dengan aplikasi MySejahtera. Akhirnya, untuk mencegah dan mengurangkan berlakunya kes kematian yang disebabkan wabak Covid-19, aku berharap agar semua rakyat jelata di negara kita sanggup menerima suntikan vaksin. Pada masa itu, negara kita akan penuh dengan daya hidup dan kemakmuran sekali lagi seperti masa dahulu.

没有评论:

发表评论

featured ❤❤❤

活着,是为了爱与被爱

人活一世,草木一秋。我们这一辈子,最长也就一百年,而这一百年对于浩瀚的宇宙而言,无异于一瞬间。时间若白驹过隙,忽然而矣!此生究竟过得如何,全由自我掌控。一生中,有的人活得很精彩,也有的人只是生存着;有的人到达成功的彼岸,也有的人最终沦为败者;有的人为世界造就幸福,也有的人给世界带...

most read ❤