Kelebihan-kelebihan memiliki aura positif

Aura boleh diertikan sebagai suatu medan tenaga yang hidup tetapi tidak dapat dilihat oleh mata kasar dalam diri seseorang. Aura tenaga ini terdiri daripada ion positif dan ion negatif. Aura seseorang itu memancar dan berupaya mempengaruhi setiap orang di sekelilingnya. Remaja yang beraura positif sememangnya senang didekati kerana aura positif yang terpancar di wajahnya akan menjadi magnet menarik perhatian orang lain untuk mendekati dirinya.

Persekitaran keluarga yang positif berperanan penting dalam usaha untuk membina aura positif. Ibu bapa yang sentiasa mengungkapkan kata-kata positif pastinya dapat membentuk sikap anak-anak yang tidak berputus asa dan tidak menganggap kegagalan sebagai suatu musibah yang besar. Pada masa yang sama, ibu bapa yang mengekalkan aura positif akan sentiasa mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang sehingga mampu menjadikan anak-anak berfikiran matang khususnya dalam membantu remaja menghadapi fasa kritikal pencarian identiti dan tujuan hidup. Selain itu, pendekatan psikologi perlu digunakan dalam mendidik anak-anak agar anak-anak lebih berkeyakinan dan berusaha membaiki kelemahan dirinya.

Secara umumnya, remaja sering ditimpa sesuatu perkara yang membuatkannya berubah menjadi marah dan sedih. Keadaan ini menyebabkan gelombang negatif masuk ke dalam tubuh remaja tersebut. Dalam hal ini, remaja yang beraura positif berupaya mengawal keadaan emosi mental, fizikal dan tahap kerohanian dalam dirinya. Hakikatnya, semua aura pada asalnya bersifat positif tetapi perasaan negatif dalam diri seseorang dapat menukarkan aura positif kepada aura negatif. Selain itu, keadaan fizikal yang lemah disebabkan sakit, depresi atau keletihan dapat  mengganggu lingkaran aura positif yang menyelubungi diri. Malahan terpengaruh oleh elemen dari luaran atau dalaman seseorang itu sendiri turut menyumbang kepada perubahan tersebut.

Remaja sering mempelajari sesuatu perkara daripada sumber penyalur informasi seperti media massa. Rancangan yang berunsurkan keganasan dan seksual tidak sesuai untuk ditonton oleh golongan remaja yang tahap pemikirannya masih belum matang. Tidak mustahil juga aksi dan perlakuan negatif yang dipersembahkan oleh media itu akan ditiru oleh remaja yang akan mengurangkan lagi aura positif anak-anak. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu melaksanakan aktiviti yang boleh menyuburkan minda mereka dengan pelbagai ilmu yang bermanfaat. Hasilnya, anak-anak lebih bijak memilih bahan media yang betul. Sesungguhnya, anak-anak yang beraura positif memiliki keperibadian yang baik dan bercita-cita untuk berjaya dalam kehidupan.

没有评论:

发表评论

featured ❤❤❤

活着,是为了爱与被爱

人活一世,草木一秋。我们这一辈子,最长也就一百年,而这一百年对于浩瀚的宇宙而言,无异于一瞬间。时间若白驹过隙,忽然而矣!此生究竟过得如何,全由自我掌控。一生中,有的人活得很精彩,也有的人只是生存着;有的人到达成功的彼岸,也有的人最终沦为败者;有的人为世界造就幸福,也有的人给世界带...

most read ❤